Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Keselamatan Komputer II)

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi dengan tajuk Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian bekenaan Keselamatan Komputer II. Objektif adalah memantapkan pemahaman peserta tentang Keselamatan Komputer & Microsoft Word (Design). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah sambungan dari Kelas Advokasi pada 5 Julai 2019 berkenaan dengan Keselamtan Komputer dalam kelas tersebut peserta-peserta dipaparkan slides Powerpoint tentang Keselamatan Komputer sambungan kelas yang terdahulu dengan ulangkaji berkenaan Keselamatan Komputer. Kemudian disambung dengan Contoh-contoh isiden Keselamatan Komputer di Malaysia.

Manakala Kelas ICT, peserta-peserta dikehendaki melakar seperti paparan Powerpoint berkenaan Panduan Keselamatan Komputer menggunakan Microsoft Word dengan menggunakan Shape, Text Box, permilihan warna dan susur atur sama dengan seperti paparan Powerpoint yang dijadikan contoh.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT 60% peserta tahu mengolah design seperti susur atur yang diberi. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri Kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan dalam pembelajaran mereka sepanjang persekolahan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali